AL-HIJAMAH (BEKAM/CACAM)

>> 28 December 2009

Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah kerana Allah Ta’ala tidak menciptakan penyakit melainkan menciptakan ubatnya, kecuali satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua.”(Al Hadith)
Sebagai metode perubatan, bekam merupakan pilihan yang paling tepat ketika dunia kedoktoran tidak dapat mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, bekam bahkan mampu menyembuhkan 72 jenis penyakit seperti uric asid, darah tinggi, jantung, kolestrol, masuk angin, migrain, sakit mata, strok, sakit gigi, vertigo, sinusitis, jerawat, sembelit, buasir, impotensi, kencing manis, hati, ginjal, dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW : “ Jibril memberitahu padaku bahawa Hijamah merupakan pengubatan paling bermanfaat bagi manusia.”
Sabda Rasulullah SAW :” Barangsiapa menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku sesungguhnya dia bersama aku di dalam syurga”.
Bekam merupakan metode pengubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh melalui pemurkaan kulit. Yang dimaksudkan dengan darah kotor adalah darah yang mengandungi racun atau darah statis yang menyumbat peredaran darah, mengakibatkan sistem peredaran darah dalam tubuh tidak berjalan sebagaimana adanya, sehingga menyebabkan terganggunya kesihatan seseorang, baik secara fizik mahupun mental.
Bagaimana darah boleh kotor? Masuknya racun yang mengotori darah boleh melalui makanan seperti : pestisida, insektisida, fungisida, zat pewarna, penyedap makanan, hormon dan logam berat; melaui minuman seperti : zat pewarna, zat aroma-essence, logam berat, bahan kimia dan lain-lain; melalui pernafasan disebabkan oleh asap kenderaan, asap fabrik, asap rokok dan sebagainya. Serta melalui ubat-ubatan yang berupa antibiotik, analgesik, antipyrertic, dan sebagainya.
Dari empat pintu masuk tersebut, darah kotor lalu menumpuk di bawah kulit. Jika darah kotor tersebut tidak dikeluarkan, maka tubuh akan lemah dan mudah diserang penyakit. Untuk menyembuhkan penyakitnya tidak ada cara yang lebih efektif selain bekam.
Dengan demikian, dapat disimpulkan metode perubatan bekam merupakan teknik ditokfikasi (pengeluaran racun dalam tubuh) yang efektif menyembuhkan berbagai macam jenis penyakit dari yang ringan hingga yang berat sekalipun dengan menghilangkan sumber penyakitnya bukan gejalanya sahaja tanpa menyebabkan akibat sampingan.

Read more...

Pusat Rawatan Ummi MediHerbs

>> 19 December 2009

Ummi MediHerbs telah beroperasi di alamat:

PUSAT RAWATAN UMMI MEDIHERBS
Q2-G-18(B) Plot 8 Blk.G
Gr Fl, Cq 102 Jalan Batu Kawa
Batu Kawah New Township,
93250 Kuching, Sarawak

Perkhidmatan yang ditawarkan:

> Mengesan Penyakit Darah Tinggi,
Kolestrol, dan Glukos dalam Darah
> Mengesan Penyakit Melalui Tapak Tangan,
Lidah dan Iridologi Mata
> Rawatan Berbekam dan Resdung
> Urutan Kaki (Reflexologi), Realese and
Healing / Akupunture / Akupressure
> Rawatan Herbalogi dan Bersunat (Berkhatan)

" Penyembuhan Berasaskan Konsep Alamiah dan Ilahiah "

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

Herbalis Abu Seman Hj Abg Tengah (319837)
Pen. Pegawai Perubatan (Renal Nursing)
Pengamal Perubatan Jawi
Herbalis. KPJ
H/P: 013 808 9395 / 016 887 6246

atau

Herbalis Dahlia Yong Abdullah (319763)
Pengamal Perubatan Jawi
Herbalis KPJ
Kolej Perubatan Jawi, Kedah.
H/P: 013 818 9395 / 016 887 6256

Read more...

Bersama Pengarah Urusan 1



Bersama Tuan Haji Ismail (Pengarah Urusan 1 HPA) pada 14 November 2009 semasa lawatan ke Sarawak unutk program KPJ

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP